Pages

Wednesday 11 January 2017

UMRAH – Part 1 (Preparation)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan kurniaNya wani bersama-sama family wani dijemput untuk menunaikan umrah tahun lepas. Siapa sangka yang dulu cuma hanya berkirim berdoa, yang mana hati terlalu menginginkan, hati yang terlalu rasa hendak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Allah SWT, 
akhirnya dikurniakan rezeki untuk ke sana. Dan siapa tak bersyukur dapat pergi satu family. 

Wani pegi ikut pakej yang disediakan oleh Tabung Haji. Sorang dalam RM6798 ambik pakej Fairuz. Sebenarnya banyak pakej selain Fairuz termasuk la Aqiq, Nilam, Rubi dan Topaz. Tak silap wani dalam sebulan tu dah kena bayar deposit dalam RM1000. Wani pegi 9 hingga 20/12. So sebulan dari tarikh tu ada kursus Umrah dan masa tu jugak wani ambik meningitis injection, bayar dalam RM130. Injection ni wajib kalau nak gi umrah takpun haji. sebab kalau tak, tak diluluskan visa.

 Waktu kursus ni jgak passport, gambar kena serahkan dan segala dokumen yang disahkan juga kena serahkan. Bagi orang yang dah berkahwin, perlu cop pengesahan sijil nikah. Untuk anak-anak, perlu pengesahan surat beranak. Yang ni kena pegi JPN. Bawak original dan salinan sekali. Yang waktu wani, adik-adik lelaki bawah 18 tahun kena buat pengesahan. Yang perempuan tak perlu. 

Cerita pasal barang-barang, dari awal lagi dah cari sikit-sikit . Wani dan family first time pegi, so barang tu pakat semua nak beli. Hee

Ni diantara barang-barang yang diperlukan.

Barang-barang keperluan Umrah (bagi perempuan)
  • Telekung mini – 2 pasang, kain tak perlu bawak (1 dah disediakan pihak travel)
  • Tudung / shawl – ikut suka (yang ni wani bawak tudung yang main sarung tu, yang sekali dgn dagu)
  • Jubah – 3@4
  • Jubah tak perlu banyak pun. Sebab kat madinah banyak kedai-kedai jubah murah, and jangan risau kat sana diaorang pandai speaking Malay. Hee jadi kena pandai tawar-menawar. Paling murah kat sana kalau pandai cari dalam 4 jubah 100SR. wani pegi memang rambang mata, tapi sedih sebab saiz wani even S pun nampak besar dengan wani. Maklum la wani ni petite orangnye. J
  • Sandal
  • Sarung sandal
  • Stoking tebal
  • Stoking tawaf
  • handsock
  • Seluar panjang
  • Tuala – ada sesetengah hotel tak sedia, tapi better prepare je
  • Pad/ pantiliner 
  • Ubat-ubatan – beli siap-siap kat sini, sebab bila kat sana ubat mahal sikit.
  • Ubat perancang - yang ni kalau nak tahan haid, cara nak makan better refer dekat doktor, wani tak makan pun sebab takut. hee
  • Krim pelembap – dekat sana boleh rasa kulit kering, jadi sediakan pelembap awal-awal
  • Iron – yang ni ikut pengalaman wani duk hotel, ade yang tak sediakan, jadi jubah dgn tudung tu memang keluar berkedut je. Hee
  • Buku panduan umrah – dah disediakan pihak travel
  • Spray wuduk - penting
  • Padlock kecil - untuk kunci bag
  • Reben - ikat di setiap beg, nak bezakan dengan beg jemaah lain 
  • *bagi lelaki kena bawak kain ihram. kain ni pihak travel ade sediakan.

Nak dekat dengan tarikh nak pergi, kena siap mental fizikal. Ade masa sikit ulangkaji pasal umrah. Wani pun ikut kursus 1 hari tu pun macam rasa tak lengkap, jadi revision tu perlu. Yang penting kena tahu rukun umrah. Tahu larangan time berihram dan banyak lagi.

Hari nak pergi, bangun pagi nak mandi tu jangan lupa niat mandi musafir. Sebab kita kan nak berjalan jauh. Dan juga tunaikan solat sunat musafir 2 rakaat. 

Di KLIA nanti semua berkumpul depan kiosk TH. Setiap bag akan diberi tag. Beg kecil penting untuk kita letak passport dan segala keperluan. Dan sebelum berangkat kita akan dapat tag nama masing-masing. Jadi kena sentiasa pakai. dan dapat Boarding Pass.

satu family (:

sebelum berangkat kami solat jamak Taqdim Zohor Asar 
lebih kurang pukul 3.15petang baru kami bertolak
untuk pakej yang disediakan oleh TH, 
kami semua dapat menaiki Saudi Arabian Airlines @ Saudia Airlines
perjalanan dari KUL - MADINAH ambik masa dalam 8 jam
waktu ni cuma berharap selamat sampai je. 

yang tengah besar tu kapal terbang Saudia Airlines




No comments:

Post a Comment